this site the web

image
image
image
image
Showing posts with label utama. Show all posts
Showing posts with label utama. Show all posts

Kalam Pengerusi DPMT



Assalamualaikum..

Segala puji dan syukur hanya layak bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas Baginda Muhammad S.A.W, ahli kelurga dan keturunannya, para sahabat, tabi’in serta mereka yang istiqomah dan ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah S.W.T.

Pertamanya, sekalung tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa pelaksana program Kembara Sinai 10 dan seluruh yang terlibat dalam menubuhkan laman blog ini. Usaha ini merupakan satu anjakan yang agak baik selari dengan perkembangan teknologi masa kini.

Pada pemerhatian saya, langkah ini adalah salah satu daripada usaha untuk memberikan maklumat yang terbaik dan lebih berkesan kepada semua ahli berkaitan dengan Sinai dari sudut lokasi yang menarik untuk dilawati,sejarah yang berkaitan dan yang paling penting sekali untuk melahirkan rasa iman dan taqwa kepada Allah S.W.T apabila melihat akan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T dalam mencipta.

Selain itu, tujuan blog ini diwujudkan juga adalah untuk mengekalkan memori manis dan jalinan ukhwah yang terbina dkalangan mahasiswa yang terlibat dalam ekspidisi ini. Hal ini dapat dilakukan dengan memuatnaik gambar-gamabr yang boleh dijadikan kenangan dan diabadikan di dalam blog ini.

Akhir sekali, mudah-mudahan usaha murni ini mendapat pertolongan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Sekian dari saya. Wassalam.


Dzulhilmi Bin Roslan
Pengerusi Dewan Perwakilan
Mahasiswa Tanta 09/10
lihat seterusnya

Iklan Sinai Kali Pertama

KEMBARA SINAI 2010
Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta
Sesi 2009/2010
"Julang Thaqafah Bakti Dicurah"

Akan menemui anda di awal Febuari 2010
Pendaftaran Awal Sebanyak LE 50

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi:

MOHD YUNUS B. MOHD YASSIN
( Pengarah )
011-2540264

MUHAMMAD SYAZWAN B. HAMZAH
( Promosi dan Pendaftaran )
014-7825854

Atau
Mana-mana AJKT dan Penghulu
Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta
Sesi 2009/2010

Daftarlah Segera!
lihat seterusnya

Muqaddimah


Saban tahun Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) akan menganjurkan sebuah program berbentuk rehlah selepas berakhirnya imtihan fasa pertama. Destinasi rehlah di musim sejuk ini tidak lain dan tidak bukan ialah selatan Sinai yang mana merupakan salah satu tempat yang bersejarah dibumi Mesir ini. Antara tujuan pihak DPMT menganjurkan program berbentuk rehlah ialah :

1) Meneliti dan menghayati fitrah kejadian Allah S.W.T
2) Menjejaki makan para nabi
3) Mendalami sirah Nabi Musa A.S
4) Mendekati tinggalan kisah yang termaktub di dalam Al-quran
5) Memperkasakan lagi ikatan ukhwah dan persaudaraan antara peserta dan juga urusetia program.

Antara tempat bersejarah dan juga menarik yang akan dikunjungi peserta ialah :


1) Jabal Musa :

tempat dimana Nabi Musa Bercakap dengan Allah. Dimana peserta akan dibawa mendaki sehingga kepuncak bukit tursina dimalam hari, dan jika berkesempatan boleh bertahajjud di mana tempat Nabi Musa berkhalwat. Selepas solat subuh peserta akan berpeluang menyaksikan indahnya matahari terbit yang merupakan tanda kebesaran dan keindahan ciptaan Allah.



2) Pancaran Lembu Samiri :

Sebuah batu yang terdapat gambaran seperti seekor lembu, yang mana di zaman Nabi Musa dahulu, seorang yang bernama Samiri telah mengajak kaum Nabi Musa untuk membina sebuah patung lembu daripada emas yang dileburkan. Lembu ini seolah2 boleh bercakap kerana berbunyi ketika angin melaluinya. Dengan kuasa Allah patung lembu ini hancur namun biasan cahaya dari patung itu mengenai batu yang terdapat dibukit dan terbentuk lah dibatu tersebut seperti seekor lembu.



3) Makam Nabi Salleh Dan Harun :

Yang mana dua makam Nabi ini terdapat berhampiran dengan kawasan bukit Tursina.


4) Wadi Arbai'en ( Lembah 40) :

Yang mana dikatakan ianya ialah tempat berkumpulnya 40 orang nabi ataupun 40 orang wali Allah. Di tengah perjalanan ke lembah itu peserta akan berpeluang untuk melihat sebuah batu yang mempunyai kesan 12 air mata air yang terpancar dari pada batu tersebut. Ia dikatan batu yang diketuk oleh Nabi Musa di saat Allah memerintahkannya untuk mengetuk batu tersebut disaat kaumnya sedang kehausan.



5) Hamam firaun :

Peserta akan dibawa ke kawasan ini untuk melihat sebuah tempat dimana firaun pernah menjadikan tempat itu sebagai tempat untuk mengubati penyakit rumotisme (penyakit tulang). Didalam lubang ini suhunya agak panas sehingga mengeluarkan wap air, bila peserta berada didalamnya seolah-olah sedang mandi sauna. Ianya juga berdekatan dengan pantai.



6) Uyun Musa :

Antara tempat yang dikatakan keluarnya air mata air. dahulu ianya terdapat 12 kesemuanya, namun yang masih terdapat hingga sekarang ini hanya tinggal beberapa sahaja dan juga tidak kelihatan seperti air mata air lagi..



7) Panorama Barlief :

Peserta juga akan dibawa untuk mengunjungi sebuah kubu pertaahanan yang digunakan oleh tentera Israel semasa menawan selatan Sinai. namun kini kubu tersebut menjadi muzium untuk lawatan para pelancong yang berkunjung ke sinai. Dari kubu ini dikatakan tentera Israel menyerang bertubi-tubi ke arah Terusan Suez.


pandangan atas.. kita lalu bawah terowong je

8) Terusan Suez :


di subuh hari pertama dan juga di hari akhir lawatan, peserta akan melalui sebuah terowong yang melintasi sebuah terusan yang diberi nama Terusan Suez.. yang mana hanya terowong ini lah satu-satunnya jalan yang menghubungkan antara sinai dengan selatan sinai. Terowong ini juga diberi nama sebagai terowong Syahid Ahmad Helmi. Terusan Suez merupakan laluan air yang menghubungkan Asia dengan Eropah, Kapal-kapal yang lalu lebih mudah nak ke Asia tanpa mengelilingi lautan Afrika.



9) Kubu Salahuddin Al-Ayyubi :

Sebuah kubu yang digunakan oleh Salahuddin Al-Ayyubi dan bala tenteranya semasa berlakunya perang salib. dan kubu Salahuddin Al-Ayyubi terdapat 3 di Mesir iaitu di Kaherah, Alex dan Sinai serta beberapa lagi di Syiria dan Jordan.

itu lah sebahagian tempat menarik yang akan dikunjungi oleh peserta..

Akhir sekali, Pihak urusetia dan juga DPMT mengharapkan program ini akan berjaya dan berjalan lancar sehingga kesemua peserta selamat tiba ke Tanta.
lihat seterusnya
 

PERSAHABATAN

KERJASAMA

KENANGAN