this site the web

Kalam Pengerusi DPMT



Assalamualaikum..

Segala puji dan syukur hanya layak bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas Baginda Muhammad S.A.W, ahli kelurga dan keturunannya, para sahabat, tabi’in serta mereka yang istiqomah dan ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah S.W.T.

Pertamanya, sekalung tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa pelaksana program Kembara Sinai 10 dan seluruh yang terlibat dalam menubuhkan laman blog ini. Usaha ini merupakan satu anjakan yang agak baik selari dengan perkembangan teknologi masa kini.

Pada pemerhatian saya, langkah ini adalah salah satu daripada usaha untuk memberikan maklumat yang terbaik dan lebih berkesan kepada semua ahli berkaitan dengan Sinai dari sudut lokasi yang menarik untuk dilawati,sejarah yang berkaitan dan yang paling penting sekali untuk melahirkan rasa iman dan taqwa kepada Allah S.W.T apabila melihat akan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T dalam mencipta.

Selain itu, tujuan blog ini diwujudkan juga adalah untuk mengekalkan memori manis dan jalinan ukhwah yang terbina dkalangan mahasiswa yang terlibat dalam ekspidisi ini. Hal ini dapat dilakukan dengan memuatnaik gambar-gamabr yang boleh dijadikan kenangan dan diabadikan di dalam blog ini.

Akhir sekali, mudah-mudahan usaha murni ini mendapat pertolongan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Sekian dari saya. Wassalam.


Dzulhilmi Bin Roslan
Pengerusi Dewan Perwakilan
Mahasiswa Tanta 09/10

0 comments:

Post a Comment

 

PERSAHABATAN

KERJASAMA

KENANGAN