this site the web

image
image
image
image

Kembara Sinai 10 Photo Contest



Salam..

Seperti mana yang termaktub dalam Iklan Kembara Sinai 10 yang ke tiga.. Pehak urusetia program telah membuat keputusan untuk mengadakan Photo Contest yang terbuka kepada peserta Kembara Sinai 10.

Antara Kategori yang di pertandingkan ialah :

1: Ukhawah
2: Persahabatn
3: Pemandangan
4: Islamik
5: Candid

contoh gambar setiap kategori boleh lihat di sini -->> galeri

Tarikh tamat bagi menghantar penyertaan ialah : 1 Mac 2010

Cara menghantar penyertaan ialah :

Hantarkan kepada email kembarasinai@yahoo.com. Tulis di subject : Photo Contest @ Pertandingan Foto (ukhwah @ candid @ persahabatan @ pemandangan @ islamic) * tulis dalam kurungan mengikut kategori gambar yang dihantar. Kemudian atach kan gambar tersebut kedalam email.

Syarat-syarat pertandingan :

1: Kepada peserta kembara sinai 10 sahaja.
2: Setiap orang hanya boleh menghantar 3 gambar sahaja bagi setiap kategori.
3: Gambar hendaklah dalam format JPEG
4: Urusetia tidak dibenarkan mengambil penyertaan.
5: Lampirkan butiran berikut didalam email penyertaan :

nama : ahmad bin yusof (contoh)
kuliah : usuluddin
tahun : dua
no tel : 010 8567284
6: Keputusan hakim dan juri adalah muktamad.
7: Setiap gambar yang dihantar menjadi hak milik penganjur.
8: Gambar penyertaan akan disiarkan dibahagian galeri.

Para PEMENANG bagi setiap kategori akan memperolehi sebuah HADIAH MISTERI dari pehak penganjur.

cepat hantar penyertaan anda sebelum terlambat...
lihat seterusnya

Makluman Penting Bagi Peserta Kembara Sinai 10

assalamualaikum...

sedikit makluman penting untuk sahabat-sahabat yang menyertai Kembara Sinai '10, insya Allah kita akan bertolak jam 12.30 mlm (7/2/10) pada hari sabtu malam ahad. Para PESERTA dikehendaki untuk BERKUMPUL di BAIT IZZAH untuk semakan nama dan no passport serta sedikit taklimat daripada URUSETIA berkaitan perjalanan program.

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA :

1) PASSPORT (PASTIKAN ADA VISA)
2) KERNEH KULIAH @ PMRAM @ SAFARAH (EMBESSY)
3) PAKAIAN UNTUK 3 HARI
4) PAKAIAN TEBAL
5) PAKAIAN MENDAKI
6) PAKAIAN MANDI
7) lAMPU SULUH (TORCHLIGHT)
8) SARUNG TANGAN
9) SELIPAR @ SANDAL
10) KASUT
11) UBAT SEKIRANYA PERLU

TENTATIF PROGRAM :

HARI PERTAMA ::

10.30 MLM : BERKUMPUL DI BAIT IZZAH
10.45 MLM : SEMAKAN PENDAFTARAN & TAKLIMAT RINGKAS
12.30 MLM : BERTOLAK KE SUEZ

4.00 PG : BERHENTI SOLAT SUBUH DAN BEREHAT SEKETIKA
6.00 PG : MENYAMBUNG PERJALANAN
6.30 PG : MELALUI TEROWONG AHMAD HAMDI (SARAPAN)
8.00 PG : TIBA DI PANORAMA BARLIF
9.30 PG : BERTOLAK KE UYUN MUSA
10.00 PG : TIBA DI UYUN MUSA
11.15 PG : BERTOLAK KE HAMAM FIRAUN
12.30 TGH : SAMPAI KE HAMAM FIRAUN

1.30 PTG : BERTOLAK KE ST. CHATREEN
3.00 PTG : TIBA KE ST. CHATREEN (MAKAN TGH HARI)
3.30 PTG : BERTOLAK KE WADI ARBAIEN
4.45 PTG : BERTOLAK BALIK KE PENGINAPAN
5.30 MLM : SOLAT MAGHRIB DAN ISYA'
6.00 MLM : MAKAN MALAM
6.30 MLM : BEREHAT SEMENTARA (TIDO)


HARI KEDUA ::


12.00 MLM : MENDAKI BUKIT TURSINA

4.00 PG : TIBA DI PUNCAK (QIAMULLAIL)
5.00 PG : SOLAT SUBUH BERJEMAAH
5.30 PG : BACA BURDAH SAMBIL MENANTI FAJAR
7.30 PG : TURUN DARI BUKIT
9.00 PG : TIBA DI KAKI BUKIT TURSINA
9.30 PG : SARAPAN PAGI
9.45 PG : KEMUNGKINAN MASUK KE GEREJA ST. CHATREEN
10.45 PG : PERGI KE LEMBU SAMIRI, MAKAM NABI HARUN

12.00 TGH : BERTOLAK KE MAKAM NABI SALEH
12.15 TGH : TIBA KE MAKAM NABI SALEH
1.OO PTG : BERTOLAK KE DAHAB
4.00 PTG : TIBA DI DAHAB (MAKAN TGH HARI)
4.30 PTG : BEREHAT-REHAT DI DAHAB

5.30 MLM : SOLAT MAGHRIB DAN ISYA'
6.00 MLM : MAKAN MALAM
6.30 MLM : JALAN-JALAN SEKITAR PANTAI DAHAB
11.30 MLM : TIDUR


HARI KETIGA ::


5.00 PG : SOLAT SUBUH
6.00 PG : SARAPAN PAGI
6.30 PG : BERTOLAK KE PANTAI
7.30 PG : SAMPAI KE PANTAI (RIADHAH & MANDI PANTAI)
9.00 PG : PULANG KE PENGINAPAN
9.30 PG : BERTOLAK KE TABA

1.00 PTG : SAMPAI KE TABA (SEMPADAN 3 NEGARA)
1.45 PTG : BERTOLAK KE KUBU SOLAHUDDIN AL-AYYUBI
2.00 PTG : TIBA DI QALA'AH
4.00 PTG : MAKAN TENGAHARI
4.30 PTG : BERTOLAK KE TANTA

12.00 MLM : SAMPAI DI TANTA

** ketepatan masa dan kelancaran program bergantung kepada kerjasama yang anda berikan...
lihat seterusnya

Kalam Pengarah



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Bismillahi Awwaluhu Wa akhiruhu dan Selawat dan salam buat junjungan kesayangan kita Baginda Muhammad S.A.W...

Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada pencipta kita yang Esa dan tidak bersukutu...Allahu Akbar..

Sedarlah! wahai sahabat-sahabatku nikmat yang diberi,yakni dapat menghirup udara di bumi anbiya'.,sedak tak sedar debu-debu yang beterbangan ini atau yang melekat di baju kita adalah debu yang pernah melekat di tubuh Nabi Musa a.s, Nabi Harun a.s, Panglima Salehhudin Al-ayubi, sahabat baginda Amru Al-asr dan ramai lagi..

Ingatlah! adakah masih kita berbangga dengan nikmat yang dipinjamkan yang tak setanding dengan mereka???

Dikesempatan ini, Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta 2009/2010 akan menganjurkan satu pengembaraan yang pasti meniupkan ruh-ruh para pejuang agama Allah dan mengeratkan ukhuwah sesama kita insyaallah.

Saya selaku urusetia pengembaraan ini menyeru sahabat-sahabat yang berada di Tanta dan di Mesir secara amnya marilah kita sama-sama menyertai pengembaraan ini dan menghayati kisah Nabi Musa a.s ketika menerima wahyu dari 'Azawajala serta menenangkan fikiran yang sudah dirempuh imtihan atau kita yang merempuh imtihan.

Akhir kalam,Siiru ala barakatillah...
Assalamualaikum&Good Luck for exam..

Ikhlas Dari,
Mohd Yunus Mohd Yassin
Pengarah Program
Kembara Sinai 10.
lihat seterusnya

Ke Puncak Kasih

Assalamualaikum w.b.r
Anda ingin berkongsi kenangan manis anda bersama rakan-rakan anda ketika berada di tempat-tempat menarik semasa Kembara Sinai?
Anda boleh berbuat demikian dengan menghantar gambar anda melalui email ke alamat kembarasinai@yahoo.com

SETIAP KIRIMAN ANDA PERLU MENEPATI CIRI-CIRI BERIKUT:

1. Kenangan anda bersama rakan-rakan di tempat yang menarik.
2. Kenangan ketika Kembara Sinai anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.
3. Kenangan tersebut hendaklah di sertakan nama Lokasi, Tahun, Sedikit Ucapan dan Nama Pengirim.
4. Setiap kenangan kiriman anda akan dinilai sebelum dipaparkan.

CONTOH

Lokasi : Puncak Tursina
Tahun : Kembara Sinai 2009
Ucapan : "Panas di Bawah Mentari Sepanas Ukhwah Kami"
Kiriman : Admin


Jangan lepaskan kenangan ini, Jom sertai kami.
lihat seterusnya

Iklan Kembara Sinai Dua

KEMBARA SINAI
SIRI PENJELAJAHAN ILMIAH KINI MENANTI ANDA


HARGA : LE 255
DEPOSIT : LE 50
TARIKH : 6 – 9 FEBRUARY 2010

PENDAFTARAN KEPADA:
MOHD YUNUS HJ. MOHD YASSIN
011 – 254 0264

MOHD SYAZWAN HAMZAH
014 – 782 5854

SYED NASIRUDDIN
011 – 672 2432

ATAU
BARISAN AJKT DPMT
PENGHULU KAMSIS DPMT

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN:
2 FEBRUARY 2010

BUTIRAN YANG DIKEHENDAKI:
NAMA PENUH
NOMBOR PASPORT
NOMBOR TELEFON
DUIT PENDAFTARAN

Jangan Lepaskan Peluang Ini
lihat seterusnya

Kalam Pengerusi DPMT



Assalamualaikum..

Segala puji dan syukur hanya layak bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas Baginda Muhammad S.A.W, ahli kelurga dan keturunannya, para sahabat, tabi’in serta mereka yang istiqomah dan ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah S.W.T.

Pertamanya, sekalung tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa pelaksana program Kembara Sinai 10 dan seluruh yang terlibat dalam menubuhkan laman blog ini. Usaha ini merupakan satu anjakan yang agak baik selari dengan perkembangan teknologi masa kini.

Pada pemerhatian saya, langkah ini adalah salah satu daripada usaha untuk memberikan maklumat yang terbaik dan lebih berkesan kepada semua ahli berkaitan dengan Sinai dari sudut lokasi yang menarik untuk dilawati,sejarah yang berkaitan dan yang paling penting sekali untuk melahirkan rasa iman dan taqwa kepada Allah S.W.T apabila melihat akan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T dalam mencipta.

Selain itu, tujuan blog ini diwujudkan juga adalah untuk mengekalkan memori manis dan jalinan ukhwah yang terbina dkalangan mahasiswa yang terlibat dalam ekspidisi ini. Hal ini dapat dilakukan dengan memuatnaik gambar-gamabr yang boleh dijadikan kenangan dan diabadikan di dalam blog ini.

Akhir sekali, mudah-mudahan usaha murni ini mendapat pertolongan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Sekian dari saya. Wassalam.


Dzulhilmi Bin Roslan
Pengerusi Dewan Perwakilan
Mahasiswa Tanta 09/10
lihat seterusnya

Iklan Sinai Kali Pertama

KEMBARA SINAI 2010
Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta
Sesi 2009/2010
"Julang Thaqafah Bakti Dicurah"

Akan menemui anda di awal Febuari 2010
Pendaftaran Awal Sebanyak LE 50

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi:

MOHD YUNUS B. MOHD YASSIN
( Pengarah )
011-2540264

MUHAMMAD SYAZWAN B. HAMZAH
( Promosi dan Pendaftaran )
014-7825854

Atau
Mana-mana AJKT dan Penghulu
Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta
Sesi 2009/2010

Daftarlah Segera!
lihat seterusnya
 

PERSAHABATAN

KERJASAMA

KENANGAN